Ahad, 31 Oktober 2010

Riwayat Hidup Imam Nafi' Dan Perawi


Nama :
Nafi' bin Abdul Rahman bin Abi Na'im

Kuniyah :
Abu Ruwim atau Abu Hassan atau Abu Abdul Rahman

Asal :
Asbahan

Sifat-sifat peribadinya :
Berkulit hitam
Wajah yang mudah tersenyum
Berakhlak mulia
Suka bersenda gurau

Imam Qiraat di Madinah
Bertalaqi dengan 70 orang Imam Tabi'in,antaranya :
Abu Jaafar
Syaibah b. Nasosh
Muslim b. Jundab
Yazid b. Ruman
Muhammad b. Muslim b. Syihab
Abd. Rahman b. Hurmuz

Tarikh Lahir :
Dalam lingkungan tahun 70 H.

Tarikh Wafat :
169 H.

Di antara yang mengambil sanad dengan Imam Nafi' ialah :
Imam Malik b. Anas
Imam al-Laith b. Saad
Abu Amru b. 'Ala
Isa b. Wardan
Sulaiman b. Muslim b. Jammaz

Rawi yang masyhur meriwayatkan bacaan Imam Nafi' ialah Qalun dan Warsh.


BIODATA DIRI RAWI

Qalun

Nama :
'Isa b. Mina b. Wardan b. 'Isa b. Abd. Samad b. Umar b. Abdullah ar-Zarqi

Tarikh Lahir :
120 H.

Tarikh Wafat :
220 H.

Nama Kedua :
Abu Musa

Gelaran :
Qalun

Nasab :
Anak tiri Imam Nafi'

Ciri-cirinya :

Mula bertalaqi dengan Imam Nafi' ketika berumur 30 tahun selama 20 tahun.
Qalun di dalam Bahasa Rom bermaksud baik.
Gelaran ( Qalun ) ini telah diberikan oleh gurunya Imam Nafi'.
Memilih Madinah Munawwarah sebagai tempat mengembangkan ilmunya.

Sifat-sifat beliau :
Bacaan al-Qurannya sangat baik.
Boleh berbahasa Rom dengan baik.
Tidak pernah mendengar perkara-perkara maksiat.
Mendengar dan memperbetulkan bacaan al-Quran yang salah dari Qari yang sedang membaca al-Quran.

Warsh

Nama :
Uthman b. Said b. Abdullah b. 'Amru b. Sulaiman b. Ibrahim

Tarikh Lahir :
110 H.

Tarikh Wafat :
197 H. Pada zaman khalifah al-Ma'mum dalam usianya 87 tahun di Mesir.

Asal :
Quirawan di daerah Saidi di Mesir.

Nama Kedua :
Abu Said.

Gelaran :
Warsh. Gelaran ini diberi oleh gurunya Imam Nafi' kerana putih kulitnya. Maksud
Warsh adalah sesuatu yang diperbuat daripada susu.

Sifat-sifatnya :
Seorang yang matang
Biru kedua matanya
Putih kulitnya
Lincah pergerakannya
Suka berjubah singkat
Pakar Bahasa Arab
Memiliki suara merdu

Gurunya :
Berguru dengan Imam Nafi' di Madinah.
Menyumbangkan ilmunya di Mesir.

Disediakan Oleh:  Mohd Muaz Bin Abd Hamid

Riwayat Hidup Imam Asy-syatibi Dan Perawi


Nama beliau ialah Al-Qassim bin Fiyyurah bin Khalf bin Ahmad Asy –Syatibi Ar-Ru’aini Al-Andalusi. Beliau dilahirkan pada akhir tahun 538 Hijrah di Syatibah di Andalus. Tempat ini sekarang di panggil  Sepanyol. Beliau wafat pada 28 Jamadil Akhir tahun 590 Hijrah dan dikebumikan di Kaherah. Beliau merupakan imam  yang terkemuka dalam meriwayatkan Qiraat yang tujuh melalui kitabnya yang terkenal iaitu Hizrul Amani wa Wajhut Tahani atau lebih dikenali dengan Matan Asy-Syatibiah. 

Pendidikan
 Beliau mempelajari al-Quran dan Qiraat daripada gurunya di Syatibah iaitu Abi Abdullah  Muhammad bin Abil ‘As Al-Nafari. Kemudian beliau merantau ke Balnisah iaitu sebuah kampung di Andalus dan berguru dengan gurunya yang terkenal iaitu  Ibnu Huzail. Disana beliau telah mempelajari  ilmu Hadith. Di sana juga beliau juga mendalami ilmu-ilmu lain seperti Kitab  As-Sibawaih, Al-Kamil oleh Al-Mubarrad, Adabul Katib oleh Ibnu Qutaibah daripada Abi Abdullah Muhammad bin Humaid. Beliau kemudiannya pergi menunaikan haji dengan mengikut jalan Al-Iskandariah. Beliau sempat membaca al-Quran kepada Abi Tohir As-Salafi dan ulama lain-lain dalam perjalanan tersebut.

Pekerjaan
Apabila beliau sampai ke Kaherah , orang ramai mula menyambutnya dan memuliakannya kerana ketinggian ilmu dan akhlaknya. Cerita tentang beliau telah diketahuioleh pentadbir  Mesir pada masa itu, di mana Al-Qadhi Al-Fadhil telah menawarkan beliau untuk menjadi Syeikh  di  Al-Madrasah Al-Fadhiliah.

Hasil karya
Semenjak itu, beliau pun telah menjadi guru Qiraat yang terkemuka  yang didatangi oleh penyokong dan pencinta ilmu untuk menimba ilmu dari beliau. Antara karya beliau yang terkenal ialah :

1)      Hirzul Amani yang menyatakan bahawa ilmu Qiraat bagitujuh imam qiraat yang terkemuka. Buku ini disusun dalam bentuk puisi dalam 1173 baris kesemuanya yang merupakan ringkasan dari Kitab At-Tasyir oleh Abu ‘Amr ad-Dani (371H-444H)
2)      ‘Aqliah Atrabul Qasoid yang menyatakan ilmu penulisan uthmaniah. Buku ini juga disusun  dalam bentuk   syair yang merupakan ringkasan daripada Kitab Al-Bayan oleh Abu ‘Amr Addani.
3)      Nazimatuz Zahr yang menyatakan ilmu Fawasil iaitu ilmu yang menyatakan bilangan ayat dan pembahagian  surah-surah al-Quran. Buku ini juga disusun dalam bentuk  syair       yang merupakan ringkasan dari Kitab  Al-Bayan oleh Abu ‘Amr Addani.
4)      Qasidah Daliah yang merupakan ringkasan kepada Kitab At-Tamhid oleh Ibnu Abdil Barr.
Keperibadian
Imam Asy-Syatibi adalah seorang yang mendalam pengetahuannya dalam bidang ilmu Islam dan Bahasa Arab. Selain daripada ingatan beliau yang kuat dan akal yang tajam, beliau juga memiliki  akhlak yang tinggi  dan mulia, tidak memandang dunia, takut pada hukum Allah, hanya hadir mendengar bacaan murid-muridnya dengan berwuduk dan beliau pernah menderita sakit tetapi idak menzahirkan kesakitannya. Pendek kata beliau adalah seorang yang tinggi kesabarannya dan tahap penyerahan dirinya kepada Allah. Apabila ditanya tentang hal keadaan beliau akan hanya menjawap dengan katanya sihat atau baik.


1.Imam Nafi' Al-Madani

Nama sebenar beliau ialah Nafi' bin Abdul Rahman bin Abi Na'im Al-Laithi. Beliau digelar Abu Ruaim
atau Abu Hassan atau Abu Abdul Rahman. Dilahirkan pada tahun 70 Hijrah dan meninggal dunia di Madinah pada tahun 169 Hijrah. Beliau berasal dari Asbahan.
Sifat-sifat peribadian beliau ialah berkulit hitam, wajah yang mudah tersenyum, berakhlak mulia, suka bersenda gurau. Beliaujuga merupakan antara  Imam Qiraat di Madinah. Disamping itu juga bertalaqi dengan 70 orang Imam Tabi'in,antaranya ialah:
1)      Abu Jaafar
2)      Syaibah b. Nasosh
3)      Muslim b. Jundab
4)      Yazid b. Ruman
5)      Muhammad b. Muslim b. Syihab
6)      Abd. Rahman b. Hurmuz

Di antara yang mengambil sanad dengan Imam Nafi' ialah :
1)       Imam Malik b. Anas
2)        Imam al-Laith b. Saad
3)      Abu Amru b. 'Ala
4)        Isa b. Wardan
5)       Sulaiman b. Muslim b. Jammaz
Rawi yang masyhur meriwayatkan bacaan Imam Nafi' ialah Qalun dan Warsh.
 
Qalun :
 Beliau ialah 'Isa b. Mina b. Wardan b. 'Isa b. Abd. Samad b. Umar b. Abdullah ar-Zarqi. Dilahirkian pada tahun 120 Hijrah dan meninggal dunia pada tahun 220 Hijrah. Gelaran  beliau ialah Qalun. Beliau merupakan anak tiri Imam Nafi'.
Beliau  mula bertalaqi dengan Imam Nafi' ketika berumur 30 tahun selama 20 tahun. Nama Qalun   di dalam Bahasa Rom bermaksud baik. Gelaran Qalun ini telah diberikan oleh gurunya Imam Nafi'. Beliau memilih Madinah Munawwarah sebagai tempat mengembangkan ilmunya. Antara sifat-sifat yang dimiliki oleh beliau ialah  bacaan al-Qurannya sangat baik. Selain itu juga beliau boleh berbahasa Rom dengan baik dan tidak pernah mendengar perkara-perkara maksiat. Apabila  mendengar Qari yang sedang membaca al-Quran, beliau terus memperbetulkan bacaan jika mendapati Qari yang yang membaca al-Quran salah bacaan.
 
 
Manhaj (cara) bacaan Qalun

1)      Membaca Basmalah antara dua surah kecuali antarasurah Anfal dan Taubah.
Dalil as-Syatibi dalam bab Basmalah:
 ويبسمل بين سورتين (ب) سنة
2)    Pada kalimah (مالك) di dalam surah al-Fatihah, Qalun menghazafkan alif menjadi (ملك).
Dalil as-Syatibi dalam  bab Ummul Quran:
ومالك يوم الدين (ر) ارويه (ن) اصر
3)      Membaca dengan silah mim jama’ ketika wasol sahaja dengan dua wajah.
·         Wajah pertama: Bacaan biasa (sukun).
·         Wajah kedua: Bacaan dengan silah.
Ø  Contohnya: (عليكم) di baca dengan    (عليكموا).
ü  Sekiranya selepas mim jama’ ada huruf  hamzah qato’ maka Riwayat Qolun akan membaca silah mim jama’ dengan 2 dan 4 harakat.
Dalil as-Syatibi dalam  bab Ummul Quran: 
 وصل ضم ميم الجمع قبل محرك                                            دراكا (وقالون) بتخييره جلا       
4)      Pada hukum mad munfasil, Qalun membaca dengan dua wajah.
·         Wajah pertama: Dibaca dengan Qasr (dua harakat)
·         Wajah kedua: Dibaca dengan Tawassuth (4 harakat)
      Dalil as-Syatibi dalam  bab Mad wal Qasr:
     إذا ألف أو ياءها بعد كسرة                                                  أو الواو عن ضم لقى الهمز طولا
      Dalil as-Syatibi dalam  bab Mad wal Qasr:
 فإن ينفصل فالقصر (ب) ادره طالبا                                           بخلفهما                                     
5)       Pada satu kalimah yang mempunyai 2 huruf hamzah Qato’, maka Qalun akan membaca dengan tashil pada huruf Hamzah Qato’   yang kedua dan idkhol pada huruf hamzah  Qato’ yang pertama.
Ø  Contohnya: (أأنذرتهم)  ) أئذا) dan  أؤنبئكم)).

 Dalil  tashil dalam bab Hamzataini mim Kalimah:
وتسهيل أخرى همزتين بكلمة                                                         سما
Dalil Idkhol dalam bab Hamzataini min Kalimah:

ومدك قبل الفتح والكسر حجة )                                                         ب) ها                              
ومدك قبل الضم لبى حبيبة                                                            بخلفهما (ب) را

6)      A-  Apabila bertemu dua huruf hamzah Qato’ dalam dua kalimah yang sama barisnya, maka Qalun akan membaca seperti berikut:

                                i.            Apabila sama baris atas.
Ø Contohnya:(جآء أمرنا)
ü    Maka huruf hamzah yang pertama akan isqot (digugurkan).

                              ii.            Apabila sama baris bawah. Contohnya: (هؤلاء إن كنتم) atau sama baris depan. Contohnya (أولياء أولئك).

ü  Maka Qalun akan mentashilkan huruf hamzah Qato’ yang pertama.
Dalil as-Syatibi dalam bab Hamzataini min Kalimataini:
(وقالون) والبزى في الفتح وافقا وفي غيره كاليا والواو سهلا
7)      Mengidghamkan huruf (ت) pada huruf (ذ)  di dalam kalimah (أتخذتم).
Ø  Contohnya:
Dalil as-Syatibiah dalam bab Huruf Qurubat Makharijiha:
إتخذت                                               إخذتم وفي الإفراد (ع) اشر (د) غفلا
8)      Menghidupkan huruf ya idhofah yang mati kepada berbaris atas seperti (إنى أعلم).
Dalil as-Syatibi dalam bab Ya al-Idofah:
 فتسعون مع همز بفتح وتسعها                               سما

Atau huruf hamzah tersebut berbaris bawah seperti  (بناتى إن كنتم فاعلين).

Dalil as-Syatibi dalam bab Ya al-Idofah:
وثنتان مع خمسين مع كسر همزة                          بفتح (أ) ولى حكم
Atau huruf hamzah tersebut berbaris depan seperti (إنى أعيذها).

Dalil as-Syatibi dalam bab Ya’ al-Idofah:
وعشر يليها الهمز بالضم مشكلا                             فعن (نافع) فافتح
9)      Pada kalimah (النبى ) Qolun akan menambah hurufhamzah dan membaca dengan mad muttasil dengan kadar  4 harakat menjadi (النبىء)

Dalil as-Syatibi dalam bab Surah  al-Baqarah:
وجمعا وفردا في النبىء وفي النبوءة                   الهمز كل غير (نافع) ابدلا

10)                        Mensukunkan huruf ha’ pada setiap kalimah (هو ) apabila kalimah   tersebut
didahului oleh huruf  lam (ل ) atau  wau (و ) atau ( ف ).
Dalil as-Syatibi dalam bab Surah  al-Baqarah:
وها هو بعد الواو والفا ولامها                      وها هى أسكن راضيا )بـ)ـاردا
11)  Pada kalimah Taurah (التورـة ) , Qalun akan membaca dengan dua wajah iaitu fatah dan Taktil.

Dalil as-Syatibi dalam bab Surah  al-Imran:
واضجاك التوراة ما رد حسنة                   وقلل في بالخلف (بـ)ـللا

 
 
Disediakan Oleh: Noor lizan Binti Che Abbas