Ahad, 31 Oktober 2010

Riwayat Hidup Imam Abu ‘Amru Al-Basri



Beliau ialah Zabban bin al-‘ala bin Umar bin al-Iryan bin Abdullah bin al-Husain al-Mazani. Beliau dilahirkan pada tahun 68 hijrah dan wafat di Kuffah pada tahun 154 hijrah. Beliau telah mempelajari al-Qur’an daripada beberapa orang guru, iaitu Abi Ja’far, Nafi’ bin Abi Naim, ‘Abdullah bin Kathir, ‘Asim bin Abi al-Nujud, dan Abi al-‘Aliyah. Abu al-‘Aliyah telah mengambil bacaan daripada ‘Umar Al-Khattab, Ubai bin Ka’ab, Zaid bin Thabit, dan Abdullah bin ‘Abbas, daripada Rasulullah s.a.w.. Ramai yang telah mengambil bacaan daripada Abu ‘Amru, antaranya ialah Yahya bin al-Mubarak, dan lain-lain lagi. Antara perawi yang termashur ialah al-Duri dan al-Susi.

a. Al-Duri

Nama sebenar beliau ialah Hafs Bin Umar Bin Abdul Aziz. Beliau dilahirkan pada tahun 150 hijrah dan wafat pada tahun 246 hijrah.

b. Al-Susi

Nama sebenar beliau ialah Soleh Bin Ziyad Bin Abdullah Al-Susi. Beliau dilahirkan pada tahun 171 Hijrah dan wafat pada 261 Hijrah. Beliau merupakan Qari yang dhabit dan thiqah. 

Disedikan oleh:  Fakhruddin Bin Sulaiman

1 ulasan: