Ahad, 31 Oktober 2010

Riwayat Hidup Imam Ibnu Amir dan Perawinya


·               Nama sebenar beliau ialah Abdullah bin ‘Amir bin Yazid bin Tamim bin Rubai’ah bin ‘Amir al-Yahsobi.
·         Nama gelaran beliau ialah Abu ‘Amr dan beliau termasuk golongan tabi’in
·         Beliau lahir pada 8H dan wafat pada 118H di Damsyik
·         Beliau merupakan imam qiraat di negeri Syam, Imam Ibnul Jazari mengatakan : “Ibnu ‘Amir adalah seorang imam qiraat yang besar, berakhlak mulia dan seorang alim yang terkenal. Beliau menjadi ikutan kaum muslimin selama bertahun-tahun pada masa dinasti Umayyah dipimpin oleh Khalifah Umar bin Abdul Aziz. Beliau menjadi penasihat ahli utama bagi khalifah pada masa itu.”
·         Di samping menjadi imam qiraat, beliau juga memegang jabatan qadi, Gabenor dan menjadi sumber rujukan bagi ahli qiraat di Damsyik. Beliau merupakan imam qiraat yang terbaik di kalangan muslimin tabi’in pada masa itu. Umat manusia berlumba-lumba menimba ilmu qiraat daripadanya.
·         Ibnu Amir menerima qiraat Al-Quran dari Mughirah bin Abu Syihab, Abdullah bin Umar bin Mughirah Al-Makhzumi dan Abu Darda’. Dari Utsman bin Affan dari Rasulullah s.a.w.
·         Antara anak murid Ibnu Amir yang menjadi prawi qiraatnya yang terkenal adalah Hisyam dan Ibnu Zakwan.

Hisyam
·         Nama lengkap beliau ialah Hisyam bin Ammar bin Nasir bin Maisarah As-salami Ad-Dimasyqi
·         Nama panggilan beliau ialah Abu al-Walid. Lahir pada 153H, wafat pada 245H
·         Beliau adalah ulama kota Damsyid, ahli pidato, ahli qiraat, ahli hadith, dan ahli fatwa penduduk Damsyik serta orang yang dipercayai, adil dan hafaz qiraat.

Ibnu Zakwan
·         Nama lengkapnya ialah Abdullah bin Ahmad bin Basyir Ibnu Zakwan bin ‘Amru.
·         Nama panggilannya adalah Abu ‘Amr al-Dimasyhqi. Lahir pada 173H dan wafat pada 242H.
·         Beliau adalah ahli qiraat yang terhandal di Syam. Imam pada zaman Umayyah dan merupakan sumber ilmu qiraat selepas imam Ayyub bin Tamim. Beliau juga merupakan imam masjid Dimasyq.
·         Kitab karanganya adalah
1.     أقسام القرءان وجوابها
2.     ما يجب على قارئ القرءان عند حركة لسانه
Rujukan:

1)      Qiraat al-quran oleh hasan mahmud al-hafiz,darul nu'man 1995
2)      Manhaj Qiraat 10 beserta dalil imam syatibi dan matan ad-durah
       oleh Haji Mohd Nazri Bin Abdullah

Disediakan oleh: Umi Umairah Binti Mohamad

4 ulasan: